CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 13 Disember 2012

Famemas & Harimau Malaya Selamanya....

Syabas dan Terima Kasih kepada rakyat Malaysia dan rakan Famemas yang menghadirkan diri dan menyokong Harimau Malaya di perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 tempohari. Sedikit sebanyak sokongan Famemas yang diketuai oleh Lee Hui Seng berjaya memberi semangat pasukan Harimau Malaya walaupun sekadar seri diperlawanan tersebut. 

 Antara foto yang sempat dirakamkan:
Station LRT Bukit Jalil.
Walaupun hujan, penyokong tetap juga ke Bukit Jalil.
Ada hantu pocong di Stadium Bukit Jalil.
Harimau Malaya menyanyikan lagu Negaraku.
Ultras Malaya.
Penyokong memenuhi Stadium Bukit Jalil.
Liputan langsung dari Mr. Lee.
Berdebar menanti perlawanan.
Harimau Malaya selamanya....
Penyokong Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asean.

Jika ingin melihat foto lebih banyak lagi, sila klik di sini.

Diharap kita dapat berjumpa dan bersorak lagi jika Harimau Malaya berjaya ke perlawanan akhir nanti. 

Terima kasih dan jumpa lagi.

Jumaat, 7 Disember 2012

Jom! Sokong Harimau Malaya di Bangkok

Skuad Harimau Malaya dijanjikan menaiki pesawat khas Air Asia yang kini dilukis gambar harimau seperti skuad bawah 23 tahun pulang daripada Sukan SEA 2011, bagi menghadapi Thailand dalam separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok. 

Malah skuad negara mungkin ditemani ribuan penyokong dengan kemudahan yang hampir sama.

Rundingan awal Kementerian Belia dan Sukan dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu kelmarin, bakal membolehkan penyokong mendapat tambang penerbangan yang lebih murah dan kemudahan bas dari lapangan terbang ke stadium pergi balik hari yang sama 13 Disember ini, tanpa perlu menginap. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata: "Kita akan cari kos yang paling murah selain menampung kos minyak, juruterbang dan tempat letak pesawat namun bergantung kepada sebanyak mana penyokong yang mahu ke sana dan ada atau tidak jumlah pesawat Air Asia untuk membawanya.
Pesawat Air Asia Harimau Malaya.
"Kita mahu beribu-ribu penyokong ke Bangkok kerana kalau setakat 100 atau 200 orang sahaja, tidak akan memberikan banyak impak kepada pasukan. 

"Pada prinsipnya (kelmarin), Air Asia bersetuju tetapi mereka kena juga tengok dulu adakah ini tidak mengganggu penerbangan yang telah dijadualkan," katanya. 

"Hasil pertemuan kementerian, Air Asia dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia, kelmarin) mengenai hal itu, positif. Pasukan negara tiada masalah dan mereka akan berlepas dengannya pada 10 Disember manakala soal penyokong, saya akan minta FAM umumkan," kata Ahmad Shabery.