CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 30 Januari 2012

ABL 2012: WESTPORTS MALAYSIA DRAGONS VS SAIGON HEAT

Terima kasih kepada semua ahli Famemas yang hadir di perlawanan Westsport Malaysia Dragons menentang Saigon Heat yang mendorong kemenangan besar Westports Malaysia Dragons 97-86 di perlawanan tersebut. Sokongan anda memberi kejayaan Westports Malaysia Dragons! Terima kasih dan syabas!.

Berikut antara foto-foto yang sempat dirakamkan:














Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Pemilik, pengurus serta pemain Westports Malaysia Dragons berterima kasih kepada Famemas atas sokongan tidak berakhir kepada mereka, SYABAS! Semoga sokongan berterusan di perlawanan seterusnya!

Khamis, 19 Januari 2012

AGM Famemas 2012


Mesyuarat Agung Tahunan Famemas akan diadakan seperti berikut:

  • Ahad, 12 Februari 2012
  • Jam 10 pagi
  • Restoran Kampungku, Subang Jaya (berdekatan SJMC)
  • Pakaian Famemas Kuning
  • Makanan Tengahari disediakan
  • SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR
Butiran Lanjut akan diberikan kemudian, sila booking diary anda.

Salam Ikhlas, Famemas

Selasa, 17 Januari 2012

TAHNIAH LEE CHONG WEI & TERIMA KASIH MAYBANK MALAYSIAN OPEN

Salam Famemas, Salam 1Malaysia,

Tahniah dan Syabas kepada Dato’ Lee Chong Wei yang mencipta rekod menyamai Wong Peng Soon menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 8! Kami amat berbangga dan menyanjung kejayaan ini, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada Pingat Emas Olimpik Malaysia yang pertama!











Terima Kasih kepada ahli Famemas yang hadir di sepanjang Malaysian Open 2012… kehadiran anda membangkitkan semangat pemain yang membara dan merebak ke seluruh arena. Pihak Maybank menyatakan terima kasih atas penyertaan anda… teruskan semangat juang anda yang mempesonakan semua penonton yang hadir di Stadium Putra, Syabas!

Untuk melihat lebih banyak foto Famemas di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sila layari: http://www. flickr.com/ photos/ famemas

Rabu, 11 Januari 2012

Famemas Exco Meeting No 07 Session 2011/12











Date: Sunday, 08 Jan 2012
Venue: Cobra Club, Petaling Jaya, Selangor.
Present: Prostem committe members: Mr. Lee Hui Seng, Mr. David Foo, Mr. Jason Thiang, Mr. Hafidz, Mr. Dorairaj, Ms. Yusnita, Mr. Zulkifli, Mr. Min Sen, Mr. Zakariah and Mr. Mansor

Absent with apologies: Mr. Nicholas Ong

Agenda:

  • Malaysian Badminton Open - Schedule/Ticketing/Attire/Discipline/List of members signing up for each day/EXCO Responsibility/Cheer materials
  • AGM - Confirm Date/Annual Report/Treasurers Report/ Venue Preparation/List of Invitees for patron,sports stars,media,members,sponsors/PA System/Chairman Report/Secretary Report/Publicity
  • Bowling All Stars - Confirm Date/Publicity/List of invitees for media, sponsors,sports stars/Budget/Venue preparation/Food and Drinks
  • Palembang SEA Games - Refund Quantum
  • AOB

Selasa, 10 Januari 2012

MAYBANK MALAYSIAN OPEN 2012 & SYABAS LCW AND NICOL

Salam Famemas,

Tahniah dan Syabas kepada Dato’ Lee Chong Wei atas kejuaraan Terbuka Korea menewaskan Lin Dan, semoga ianya terus menyemarakkan hasrat Malaysia untuk merangkul emas Olimpik Malaysia yang pertama.

Juga syabas kepada Dato’ Nicol David atas kejuaraan World Classic Squash di London.

Tiket percuma Maybank Malaysian Open 2012 masih ada untuk hari Jumaat 13 Januari hingga 15 Januari 2012.

Cepat, email kepada famemas@gmail.com minat anda untuk menghadiri. Ingat! ahli kelab yang aktif sahaja diberi keutamaan. Anda akan diberitahu kemudian jika anda terpilih untuk menyaksikan Malaysian Open. Tiket adalah percuma dan terhad, cepat email minat anda.


Ikhlas, Famemas

Isnin, 9 Januari 2012

Famemas & Penyokong Tukar Kelab Cobra jadi Stadium

Cobra Club di Petaling Jaya "bertukar wajah" umpama stadium, petang kelmarin ketika lebih 10 penyokong kelab Famemas bersorak mengapikan semangat perjuangan Lee Chong Wei ketika menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul.








Pemain No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Korea dalam acara perseorangan lelaki dengan menewaskan musuh ketatnya Lin Dan dari China. Walaupun tewas 12-21 di set pertama, namun beliau bangkit di dua set seterusnya untuk menewaskan Lin Dan 21-18, 21-14 dalam masa sejam 16 minit di venue kejohanan di Gimnasium Olimpik Seoul.