CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 17 April 2012

ABL DRAGONS, GP GOLD JB, CONTEST ESPN & UNDIAN ANUGERAH ASTRO ARENA 2012

ABL MALAYSIA WESTPORTS DRAGONS VS SAIGON HEAT, SABRU 21 APR


Famemas dijemput menyorak untuk mengembalikan semula kemenangan kepada Malaysia Dragons yang mengalami kemelesetan berturut-turut sebelum ini. Jom pastikan kemenangan Dragons:
  • Dragons VS Saigon Heat
  • Sabtu 21 April 2012
  • Stadium MABA
  • Berkumpul 2.30pm di pintu utama berpakaian Famemas Kuning
  • Info lanjut sms 013-3410046
MALAYSIA OPEN GRAND PRIX GOLD 2012, JOHOR BAHRU 5-6 MEI 2012

Famemas akan menyediakan beberapa kenderaan ke JB yang akan berlepas KL Sentral jam 6 pagi pada Sabtu 5 Mei 2012 dan akan pulang ke KL pada 6 Mei 2012.

Kos minyak tol, hotel, dll akan ditanggung bersama. Jika berminat menyertai kumpulan kecil Famemas ke JB, sila hubungi 012-3293378.

PERADUAN ESPNSTAR “INILAH PENTAS ANDA”- MENANGI HADIAH KE SINGAPURA!

Mahukah anda melihat artikel tulisan anda di laman web kami?

Bagaimana pula dengan artikel anda di laman web kami beserta dengan lawatan sekali seumur hidup di studio ESS dan bilik berita di Singapura!

Di espnstar.my, ia pentas anda, dalam bahasa anda.

Mudah sahaja. Hantarkan artikel tentang sebarang sukan semasa pertandingan dijalankan lebih dari 300 patah perkataan. Seperti F1, BPL, NBA, Liga Malaysia dan lain-lain yang berkenaan. Dan artikel anda mungkin akan dipaparkan di laman web kami!

Pemenang hadiah utama akan dipilih dan diterbangkan ke Singapura untuk lawatan selama 2 hari 1 malam di Pejabat ESS dimana anda akan berpeluang bertemu penyampai ESS kegemaran anda, menonton rakaman Sports Center, pelajari tentang ESPNEWS dan luangkan masa bersama pasukan editor espnstar.com untuk pelajari tentang bidang pemberitaan.

Akan terdapat seorang pemenang hadiah utama dan 3 pemenang barangan ESS. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman dalam pemberitaan sukan dunia bersama penyampai, produser dan penulis sukan kami!

Log in to www.espnstar.my/ipa dan masuk ruangan Bahasa Malaysia untuk butiran lanjut peraduan!

JOM MENGUNDI UNTUK ANUGERAH SUKAN ASTRO ARENA 2012

Bermula dari sekarang hingga 23 April, Famemas serta para peminat sukan tempatan boleh membuat undian mereka menerusi laman sesawang Astro Arena di www.arena.my. Nyatakan sokongan anda! Undi sekarang!

IKHLAS DARI FAMEMAS

0 Komen Anda: