CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 6 Mac 2012

Foto: Famemas di Kaki Bola TV9

Semalam, Kelab Famemas dijemput oleh TV9 menyertai program "Kaki Bola" di studio NTV7 di Shah Alam. Kaki Bola merupakan sebuah program santai dan interaktif serta mampu membuat para penonton tidak berganjak dari hadapan kaca televisyen. Ia berkonsepkan ‘daripada peminat untuk peminat di mana semua yang terlibat dalam pembikinan program ini seperti pengacara, pihak produksi dan lain-lain adalah penyokong setia bola sepak.

Kaki Bola adalah satu platform yang lain dari yang lain untuk semua peminat-peminat bola sepak serata negara untuk bersatu dan berbincang dan bertukar pendapat tentang berita, pasukan, pakaian, aksi dan macam-macam yang terkini tentang sukan popular tersebut.

Di bawah diantara foto-foto yang dirakamkan:
















Untuk melihat lebih banyak foto,
sila layari http://www.flickr.com/photos/famemas/

Kelab Famemas mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TV9 kerana sudi menjemput kami dalam program "Kaki Bola" semalam.

0 Komen Anda: