CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 23 September 2011

Famemas & Penyokong Team Malaysia Telekom Tukar Restoran jadi Stadium

Restoran restoran NZ Curry House di Wangsa Maju "bertukar wajah" umpama stadium, malam kelmarin ketika lebih 200 penyokong kelab Famemas dan Team Malaysia Telekom bersorak mengapikan semangat perjuangan Harimau Muda ketika menentang Jepun dalam saingan kelayakan Olimpik di Stadium Tosu.



Perlawanan siarang langsung yang dipancarkan pada skrin besar di restoran itu disediakan atas inisiatif pemilik restoran itu, yang turut meminati sukan bolasepak negara. RTM dan Telekom turut berkempen dan membuat lintas langsung dari restoran ini.



"Sebagai anak Malaysia, kita perlu menyokong pasukan negara kita. Jadi, tidak salah jika saya memberi ruang kepada anak muda berkumpul dan menyerlahkan semangat patriotik kepada negara"



Hujan renyai-renyai tidak membataskan mereka untuk bersorak walaupun ada dikalangan mereka berwajah muram sebalik wisel penamat melihat anak didik Ong Kim Swee kecundang 0-2 kepada Samurai Muda.

Isnin, 12 September 2011

Live in TV Al Hijrah








SYABAS HOKI MALAYSIA & COMMONWEALTH YOUTH GAMES

Salam 1Malaysia,

Syabas dan Tahniah kepada Skuad Hoki Malaysia yang Berjaya menggondol pingat GANGSA di Kejohanan ASIA CHAMPIONS TROPHY di Ordos, China…… Teruskan memartabatkan sukan Negara dalam misi memburu pingat di Olimpik 2012… TAHNIAH DAN SYABAS

SYABAS JUGA kepada kontinjen MALAYSIA di Commonwealth Youth Games di Isle of Man yang telah memperolehi 4 EMAS, 2 PERAK dan 1 GANGSA setakat ini…..sesunggunya kejayaan ini adalah lebih baik dari kejohanan yang lepas di Pune , India….. SYABAS DAN TAHNIAH!

Ikhlas dari Kelab Penyokong Sukan Malaysia FAMEMAS

Khamis, 8 September 2011

SYABA Jacqueline Jenelee Sijore


Famemas mengucapkan setinggi tahniah dan SYABAS kepada Jacqueline Jenelee Sijore atas kegemilangannya menjuarai perseorangan Kejohanan Dunia Bowling Wanita di Hong Kong baru-baru ini.

Syabas dan Tahniah kepada permata baru sukan bowling Negara…teruskan usaha memartabatkan sukan Malaysia!

Famemas juga mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dan hati-hati dijalanraya

Ikhlas dari Famemas