CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 18 Mei 2011

Bual bicara 'Stadium Angkasa' di TV1 'Pembangunan Sukan Badminton Negara.'

Rancangan berbentuk bual bicara 'Stadium Angkasa' di TV1 pada Selasa 17hb Mei pada pukul 10 malam sampai 11 malam, dimana Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor dijemput oleh Unit Sukan RTM ke Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri sebagai sebahagian panel untuk membincangkan senario umum serta memberi pandangan dan saranan mengenai perkembangan dan pembangunan sukan tanah air. Topik untuk bual bicara tersebut ialah 'Pembangunan Sukan Badminton Negara.'

Walaupun masa terlalu singkat untuk meluahkan pandangan penuh secara terperinci, Kelab Famemas dapat memberi sedikit pandangan mengenai perkembangan badminton negara terkini.

Inilah teks penuh daripada Kelab Famemas KL dan Selangor:
  1. BAM mesti mendedahkan dan menemui pemain pemain muda yang berbakat dan berkebolehan tinggi.
  2. BAM mesti menghantar pemain pemain muda ke luar negara dan kejohanan antarabangsa yang berprestij tinggi seperti All England, Kejohanan sedunia dan Piala Sudirman.
  3. Jangan pandang rendah kebolehan dan kemampuan kumpulan penyokong sukan negara seperti Kelab Famemas yang memberi galakan moral dan vokal kepada atlit atlit Negara kita.
  4. Mempertingkatkan kerjasama dan hubungan rapat di antara BAM dan Persatuan Persatuan badminton di peringkat negeri. Langkah memindah Kejohanan Kejohanan bertaraf antarabangsa ke negeri negeri lain seperti Kedah, Johor dan Sarawak sepatutnya dipuji. Baru baru ini Kejohanan Terbuka Malaysia GP Gold yang dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kedah telah menarik perhatian seramai 3000 penonton dan penyokong, yang membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim setiap hari. Mereka sangat gembira dan memberi sokongan hebat kepada pemain pemain kita Lee Chong Wei, Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong dalam menentang jaguh jaguh dari negara China, Indonesia dan Korea.
  5. Menaikkan semangat moral dan daya persaingan dikalangan pemain pemain kita. Insiden baru baru ini dimana Mohd Zakry dan Hoon Thien How di beri laluan untuk menyertai Kejohanan Dunia di London di Aug 2011, walaupun ranking dunia mereka lebih rendah daripada Gan Teik Chai dan Tan Bin Shen. Syarat - syarat dan terma - terma perlu ditetapkan sebelum masa kelayakan tamat dan keputusan di buat.
  6. Pemain perlu meningkatkan stamina dan ‘staying power’ dalam menghadapi perlawanan di saat saat kritikal. Mempertingkatan kemampuan dan latihan pemain - pemain dari segi fizikal dan mental. Gunakan teknik teknik sukan sains yang dikendalikan oleh ISN. Misalnya, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong, walaupun seketikanya mendahului Markis Kido dan Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir bergu lelaki Sukan Asia di Guangzhou, tetapi akhirnya terpaksa menyerahkan kepada kehebatan Markis-Hendra dalam set ketiga.
  7. Peluang kita untuk menepati sasaran emas dalam kejohanan Olimpik 2012 di London menerusi Lee Chong Wei sentiasa ada. Tetapi, kita mesti mendidik pemain muda untuk mengganti Lee Chong Wei jika beliau bersara selepas London Olimpik.
  8. Kita mesti mendidik dan recruit lebih pelatih pelatih tempatan.
  9. Untuk memajukan sukan badminton ditanah air, Persatuan sukan mesti bebas daripada campur tangan ahli ahli politik. Kurangkan ‘politicking’ di kalangan pegawai pegawai badan sukan. Biarlah ahli ahli professional dari badan badan swasta menerajui dan memimpin persatuan persatuan sukan. Mempertingkatan penajaan swasta untuk pemain pemain yang berpotensi.
  10. Memberi lebih peluang kerjaya (kareer) selepas mereka bersara dan memberi incentive insurans melalui tajaan syarikat swasta.
  11. Menubuhkan lebih lagi Kelab Kelab badminton dan Akademi Badminton dan membina gelanggang gelanggang badminton di sekolah sekolah kawasan luar Bandar dan pendalaman.
  12. Mencipta konsep ‘role model’ dimana bintang bintang sukan seperti Lee Chong Wei, Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandalela Rinong di pamerkan secara besar besaran di ruang media dan di kalangan anak anak muda. Disini saya ingin menegaskan betapa penting peranan mass media dalam mempromosikan sukan badminton.
  13. Berilah focus dan tumpuan sepenuhnya kepada category bergu campuran dimana pasangan kita Chan Peng Soon - Goh Liu Ying berpotensi untuk mencapai kejayaan di Sukan Olimpik 2012 kelak.

Lee Hui Seng

Pengerusi

Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor

18 Mei 2011

0 Komen Anda: