CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 25 Mei 2011

Kempen Pakai Baju Harimau Malaysia

AMARAN: Sekiranya anda merasakan anda sanggup untuk menggadai identiti Malaysia ketika Malaysia menerima kehadiran 3 kelab EPL iaitu Chelsea, Liverpool, & Arsenal, anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan. Namun jika ingin meneruskan juga pembacaan, tahniah diucapkan kerana anda sekurang-kurangnya cuba untuk memahami apa yang kami ingin sampaikan.

Tragedi ngeri 2009. Bukit Jalil menjadi Old Trafford: Kredit gambar: http://ow.1y/4ZN24 (Flickr)

Masih ingat tanggal 18 dan 20 Julai 2009? Masih ingat pada ketika Bukit Jalil berubah menjadi Old Trafford? Luatan merah lantas memusnahkan terus saki baki rakyat Malaysia yang terus cekal memakai Jersi Kebangsaan Harimau Malaya. Kami di Malaya Tigers mempunyai perjuangan kami sendiri dimana kami tidak mahu tragedi “malang” dan “memalukan” sebelum ini berulang lagi. Cukuplah berkali-kali Malaysia menerima kehadiran pasukan EPL dan akhirnya rakyat negara ini sendiri tidak memakai baju Harimau Malaya, akan tetapi lebih “bangga” dengan jersi pasukan EPL kesayangan mereka itu. This is totally “rubbish”.

Kita mungkin merobek hati pemain kebangsaan kita sendiri. Tetapi adakah kita sedar?

Stadium Shah Alam pula menjadi Stamford Bridge pada tahun 2008.

Kami tidak menghalang rakyat negara ini meminati kelab EPL kerana kami sendiri juga ada kelab pilihan epl tertentu yang kami follow sejak sekian lama. Akan tetapi mengapa perlu gadai “maruah” kita sendiri apabila mereka menentang negara kelahiran kita sendiri? cuba berfikir semula secara rasional.

Kami juga tidak menghalang jika FAM atau mana-mana pihak ingin menjemput pasukan EPL datang ke Malaysia, tetapi perjuangan untuk melihat rakyat Malaysia supaya lebih menghargai Harimau Malaya akan tetap diteruskan.

Kesian? Pemain negara sendiri main di tempat sendiri tetapi penyokongnya tidak hargai.

Kasihanilah pemain-pemain Malaysia yang berjuang untuk negara. Lihat wajah perit kepenatan mereka membanting keringat demi maruah negara tercinta. Sanggup kita gadaikan? Jangan robek hati mereka! Mereka berjuang untuk kita semua juga.

“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari

Ada juga yang sinis, kata ini hanya perlawanan pertunjukan, tetapi tak kan lah sampai lupa tempat lahir kot. Oleh itu terpulang kepada kita semua untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sekian…. :]

*** Spread the World ***

Anda rasa anda mahu sertai kempen ini? Atau sekurang-kurangnya anda ingin melihat Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi lautan HITAM & KUNING?

Kami di sini cuba berbakti untuk bola sepak Malaysia dengan mewujudkan kempen seperti ini. Anda juga boleh sertai kempen ini dengan menyebarkan artikel ini pada rakan-rakan anda atau bualkan mengenai topik ini di kawasan kediaman anda.

Kempen daripada:http://www.malayatigers.com

0 Komen Anda: