CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 1 Mac 2011

Teks Ucapan Pengerusi Famemas di AGM 2011

Ucapan dari Pengerusi Famemas, En. Lee Hui Seng.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli-ahli Kelab Famemas dan Penasihat kita Cik Low Beng Choo, selaku Naib Presiden MOM, ke Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Famemas KL dan Selangor. Ini menunjukkan semangat kuat kita terhadap kelab kita yang di cintai, Famemas Boleh!

Tahun ini, visi dan misi kelab kita ialah untuk mengeratkan hubungan rapat diantara kelab kami dengan semua organasasi organasasi sukan seperti OCM, MSN, KBS dan NSAs dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti pembangunan sukan tempatan dan di rantau asing, bukan sahaja dalam usaha mendapat ‘accreditation pass’ setiap kali kami mengambil bahagian dalam misi luar Negara memberi sokong vocal dan moral kepada atlit atlit kami di Sukan Asia dan Sukan SEA.

Di sini saya ingin melapurkan tentang misi Guangzhou, seperti semua misi misi sebelum ini, kumpulan kami telah menaikkan imej negara dalam memain peranan sebagai pasukan sorak yang berdisiplin, teratur dan dihormati oleh rakyat tempatan dan badan badan sukan di Malaysia.

Seperti yang dimaklumkan, pasukan kami yang menyertai misi Sukan Asia Guangzhou pada Oktober 2010 menghadapi masalah memperolehi tiket masuk stadium mahu pun kad akreditasi disebabkan oleh ‘ticket touts’ di China.

Walau bagaimanapun, misi kami berjaya mengeratkan hubungan rapat dan silaturahim dikalangan ahli ahli kami dan di harapkan pada misi luar negara yang akan datang seperti Sukan SEA 2011 di Jakarta dan Palembang, lebih ramai ahli ahli akan turut bersama bantu kami mencapai objektif kita. Walaupun, kami tidak mendapat banyak sumbangan atau penajaan daripada syarikat syarikat swasta, oleh kerana keadaan ekonomi terkini, ramai dikalangan ahli ahli setia dan taat kita terus memberi sokongan patriotik terhadap sukan negara. Majulah sukan untuk Negara.

Oleh sebab itu, kita berharap Penasihat kita, Low Beng Choo yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia akan membantu Kelab kami memperolehi ‘kad akreditasi’ untuk misi Sukan SEA 2011 di Jakarta dan Palembang.

Baru baru ini kami menyertai misi sorakan ke Kejohanan Terbuka Malaysia Super Series Badminton di Stadium Putra pada Jan 2011. Walaupun ahli ahli kami mengambil initiatif memberi sokongan kepada pemain pemain kami melalui sahutan banner, malangnya kami tidak dibenarkan memasang banner di sekitar Stadium Putra atas alasan ‘ Ambush Marketing’ walaupun banner kami tiada apa apa petanda syarikat syarikat swasta. Itulah satu isu yang kami telah bangkitkan dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kita akan terus membina hubungan rapat dengan BAM demi kerjasama pada masa hadapan.

Tahun ini kami juga berhasrat akan bekerjasama dengan beberapa organasasi seperti LPKN(Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia) dimana kami berharap mendapat Grant atau peruntukan RM10,000 untuk menganjurkan dua sessi latihan ‘Sorak Sihat 1 Malaysia’ diketuai oleh jurulatih dari Majlis Sukan Negara. Permohonan kami sudah diluluskan, cuma menanti peruntukan daripada LPKN. Ucapan terimakasih kepada Hafidz Kosai, Setiausaha Kelab kita yang bekerja kuat dan bertungkus lumus menyediakan satu Kerta Kerja yang serba lengkap kepada LPKN.

Program ini meliputi sessi bersenam, ceramah kesihatan, Larian 3km. Kami juga dalam perbincangan dengan Persatuan Kebajikan 1Malaysia ‘Teras Kegemilangan Rakyat 1Malaysia’ dalam usaha untuk menganjurkan aktiviti aktiviti sukan bersama yang akan ditetapkan.

Walaupun jumlah bilangan ahli kelab kita tak melebihi 1000 ahli, hakikatnya kelab kami dianggap sebagai kelab penyokong pertama di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara yang tersusun dan mampu mengumpul semua lapisan masyarakat Malaysia tidak kira kaum, latar belakang professional, umur dan agama. Ramai daripada kita sudah menjadi sahabat handai (everlasting friends) sejak Sukan SEA Vietnam 2003 atau Sukan SEA 2005 di Manila. Jadi, kami perlu mengekspoitasi kekuatan kita dalam usaha menjadi ‘Facilitators’ kepada berjuta juta rakyat Malaysia yang gemari dan minati sukan. Saya berharap semua ahli dapat membantu misi dan visi kita dalam mengalakkan kawan anda untuk menyertai kelab kita. We need to reach out to more Malaysians who are keen and passionate on sports.

Umpamanya di Pertandingan Piala Suzuki AFF dimana Malaysia menjuarai pertandingan tersebut, lebih daripada 80,000 peminat sukan membanjiri stadium tetapi Kelab Famemas dapat memain peranan ‘creating the awareness’ melalui keratan keratan akhbar mengalakkan penyokong penyokong supaya menbanjiri stadium.

Tahun ini kami juga ingin mempertingkatkan usaha publisiti iaitu cara menyebarkan berita berita sukan tempatan seperti melalui laman blog, media social seperti Facebook dan Twitter, email. Semua ahli di minta memberi email terkini kepada Administrator atau Sekretariat kita di meja Pendaftaran. Let’s exploit the power of social media to the fullest, make sports stars your friends and you can give them the support not only in the stadiums but also in cyberspace. Inilah satu dimensi baru ala Famemas!

Dalam usaha kami untuk mengalak budaya sihat antara kaum ahli ahli kita, saya menyeru agar atlit atlit kita mengambil bahagian dalam acara marathon dan runs yang di anjurkan oleh FTAAA, Pacesetters dan sebagainya. Kita mempunyai banyak ahli ahli kita yang juga ahli Pacesetters Club seperti Jason Thiang, Kenny Tan, Liew Wee Teck. Ia akan memberi kita tenaga selagi kami dekehendaki berjalan kaki beratus ratus kilometer semasa di Sukan SEA Indonesia yang akan datang, seperti di Sukan Asia Guangzhou.

Acara acara kita pada tahun ini ialah Kejohanan Squasy CIMB KL Open pada 19-20 Mar di Berjaya Times Square, pertandingan bowling di Sunway Megalanes (tarikh belum ditetapkan) dan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu Sukan SEA di Jakarta dan Palembang. Setakat ini , kami belum pasti destinasi kita ialah Palembang atau Jakarta. Kebanyakan sukan akan di adakan di Jakarta tetapi saya difahamkan Palembang lebih sesuai untuk kumpulan sorak kita oleh kerana sebab sebab tertentu seperti keselamatan dan lain lain.

Saya berharap barisan EXCO baru akan meneruskan tradisi dan misi kelab kita dan saya ingin mengucapkan terimakasih kepada ahli EXCO lama yang telah berkhidmat kepada kelab kita.

Sebagai penutup, saya berharap semua ahli meneruskan perjuangan kami dalam memartabatkan tahap sukan Negara. Sukan merupakan satu cara unik untuk menyatu padukan semua lapisan masyarakat Malaysia tidak kira kaum, umur, latar belakang dan agama. Sports unites all Malaysians and is the best cure for racial harmony.

Terimakasih dan selamat tengahari....


0 Komen Anda: