CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 17 Disember 2010

Terima Kasih, Syabas Ultras Malaya!

Di sebalik kejayaan Malaysia membawa bekal selesa ke Hanoi selepas menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, ‘pemain ke-12’ skuad kebangsaan seharusnya turut diberi pujian.


Pemain ke-12 yang dimaksudkan ialah kira-kira 50,000 penonton yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad K Rajagobal sejak tiupan wisel mula dibunyikan sehingga tamat.


Malah, tidak keterlaluan dikatakan, daripada kalangan 50,000 penonton, tumpuan pastinya terarah kepada sekumpulan kira-kira 300 penyokong fanatik di satu sudut berhampiran papan markah yang menamakan diri mereka ‘Ultras Malaya’.


Penulis yang berada di tengah-tengah kumpulan penyokong berkenaan dapat merasakan gelora sokongan padu mereka terhadap skuad kebangsaan tanpa sedikit rasa marah ketika pemain terlepas bola dari kawalan.


Mengikut laman sesawang UltrasMalaya.net (UMN), ahli kumpulan itu bertemu di alam maya dengan berkongsi maklumat menerusi ruangan forum laman sesawang itu.


Pada mulanya pergerakan mereka banyak bergantung pada satu lagi laman sesawang bola sepak iaitu HarimauMalaya.com atau lebih dikenali sebagai HMC, satu-satunya laman sesawang untuk kelab penyokong bola sepak tanah air.


Bagaimanapun, atas beberapa faktor dan pelbagai kekangan tertentu, beberapa pelopor UMN mengambil inisiatif untuk bergerak secara sendiri dan kini diikuti semakin ramai penyokong - Berita Berian.

0 Komen Anda: