CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 14 April 2010

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

Tuan/Puan,

MEMOHON MEMPERTINGKATKAN PROMOSI PIALA THOMAS DAN UBER 2010

Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) adalah pertubuhan berdaftar yang mana objektif utamanya adalah untuk meningkatkan tahap kegemilangan sukan Malaysia melalui sokongan vokal dan moral kepada athlit negara dalam pelbagai bidang sukan.

Ianya merupakan satu-satunya Kelab Penyokong Sukan Malaysia sejati yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia dan keahliannya terdiri dari pelbagai peringkat masyarakat Malaysia dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa dan profesion. Antara penglibatan sokongan Famemas kepada athlit dan sukan Malaysia adalah di Sukan SEA Vietnam 2003, Sukan SEA Manila 2005, Sukan SEA Korat 2007, Sukan SEA Vientiane 2009, Sukan Olimpik Athens 2004, Sukan Asia Busan 2002, Sukan Asia Doha 2006 dan pelbagai temasya sukan didalam dan diluar negara.

Merujuk kepada perkara diatas, Famemas memohon kerjasama pertubuhan media Tuan/Puan untuk mempertingkatkan lagi promosi Piala Thomas dan Uber 2010 bagi mendapat sokongan dan penghayatan penuh keseluruhan rakyat Malaysia. Kami juga berharap agar usaha ini dapat mempertingkatkan semangat patriotisma melalui sukan yang dapat menyatukan keseluruhan rakyat dibelakang gagasan 1Malaysia, berpadu untuk kejayaan negara Malaysia melalui acara sukan seperti Piala Thomas.

Pada kala ini, Promosi Piala Dunia 2010 lebih hebat dari Promosi Piala Thomas dan Uber, walhal Malaysia tidak pun mempunyai pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010. Dengan warkah ini, adalah diharapkan pertubuhan media Tuan/Puan dapat menjalankan promosi yang sepatutnya untuk menggembeling sokongan padu seluruh rakyat Malaysia di belakang pasukan Malaysia dalam usaha menawan kembali Piala Thomas. Ianya juga diharapkan dapat menyuntik semangat penuh membara ke seluruh kontinjen Malaysia untuk berjaya dengan cemerlangnya di kejohanan tersebut.

Famemas amat mengharapkan sokongan Tuan/Puan kerana usaha yang dilakukan Famemas ini adalah usaha merakyatkan sukan dan menjadi pelengkap komponen penting dalam infrastruktur sukan negara disamping contoh praktikal utama 1Malaysia yang merapatkan hubungan semua bangsa Malaysia di dalam mencapai satu matlamat: kegemilangan sukan Malaysia.

Sekian, Terima Kasih

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Yang Benar,
Bagi pihak Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor

Lee Hui Seng
Pengerusi (Tel: 012-329 3378)

0 Komen Anda: