CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 31 Disember 2009

Contohi Penyokong Laos

Tokmoh dan penyokong Laos sama-sama memasuki stadium.

Semasa kelab Famemas sama-sama menyaksikan kemeriahan perlawanan bola sepak separuh akhir antara pasukan Malaysia menentang Laos di Sukan Sea tempoh hari, Famemas dapati suasananya tidak ubah seperti perlawanan akhir Piala Malaysia di negara kita.

Penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan bolasepak separuh akhir antara Malaysia menentang Laos.

Biarpun cukup bersemangat namun peminat bola sepak di Laos tidak emosi.

Jika di Malaysia, Tokmoh ni mesti kena maki atau kena baling dengan air meneral.

Ketika pasukan mereka kalah 1-3 kepada Malaysia, tiada langsung perkara tidak diingini berlaku. Malah, segelintir penyokong Malaysia masih boleh menyelit duduk dalam ribuan penyokong tuan rumah tanpa masalah.

Penyokong Laos memberi ucapan tahniah kepada penyokong Malaysia.

Inilah semangat yang harus dicontohi peminat bola sepak di Malaysia. Tiada insiden ejek mengejek, apatah lagi pergaduhan berlaku. Tiada kes bakar mercun, baling botol, baling batu atau atau bakar kerusi. Mereka menerima kekalahan itu dengan hati terbuka, malah mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang.

0 Komen Anda: