CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 19 November 2009

Famemas di Akhbar Berita Harian

Kelab penyokong cari peserta untuk suntik semangat atlit negara di Sukan Sea Laos.

Situasi ketiadaan penyokong bukan baru, malah sudah lama mencetus rasa bimbang kepimpinan Kementerian Belia dan sukan (KBS) apabila menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek turut menyatakan sukar buat seseorang atlit memberi aksi yang terbaik tanpa serokan penyokong.

Atas dasar itu, Kelab Penyokong Malaysia atau Famemas yang selama ini setia menyokong atlit kebangsaan sedang berusaha mengumpulkan peminat yang bersedia ke Sukan Sea Laos XXV, Desember nanti untuk memberi impak kepada atlit negara mempersembahkan prestasi terbaik mereka.

Famemas yang ditubuhkan pada 2002, adalah satu satunya kelab peminat sukan yang diuruskan secara teratur bukan sahaja di Malaysia, malah diperingkat Asia Tenggara hingga menjadikannya dicemburui negara jiran.

Dengan objektif utamanya memberi sokongan moral serta sorakan kepada atlit kebangsaan yang bertanding di kejohanan dalam dan luar negara, mereka tetap setia sekalipun berkorban masa, tenga dan wang ringgit.

Presidennya, Lee Hui Seng berkata, Famemas sudah lama berkerjasama rapat dengan pelbagai organisasi sukan di negara ini seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Chef de Mission Sukan Sea XXV, Datuk Dr. Ramlan Aziz cukup mengharapakan kehadiran mereka di Laos nanti. 

"Di sana nanti, semua kelengkapan untuk bersorak seperti bendera, kompang dan 'thurderstick' akan dibekalkan kepada ahli"

Lee Hui Seng

"Kehadiran Famemas sememangnya dinantikan dan kami menyiapkan segala perancangan dengan teliti buat sesiapa yang berminat. Di Laos, semua peserta akan berkampung selama lapan hari tujuh malam di Vientiane dan akan menjadi penyokong setia Malaysia yang dianggarkan menghantar seramai 370 atlit," katanya.

Masalahnya kini, Famemas masih kekurangan penyertaan dan memandangkan Laos buat pertama kalinya menjadi tuan rumah Sukan Sea sejak 24 kali dipertandingkan, hanya 40 peserta diharapkan mampu dicari kali ini.

"Oleh kerana tiada tajaan yang disediakan pihak koporat, semua perbelanjaan setiap peserta perlu disediakan sendiri tetapi kami sedia menerima sebarang tajaan jika ada pihak yang berminat.

"Untuk perjalanan kali ini, RM2.800 diperlukan seorang yang merangkumi teket penerbangan Air Asia, kemudahan penginapan selama tujuh hari di Vientiane termasuk makan, pengangkutan, penterjemah dan akreditasi ke venue kejohanan.

"Di sana nanti, semua kelengkapan untuk bersorak seperti bendera, kompang dan 'thunderstick' akan dibekalkan kepada ahli," katanya.

Lee yang sudah lama terbabit dengan Famemas menegaskan pihaknya sudah menyediakan jadual sorak dibeberapa venue yang bakal menampilkan aksi atlit negara di sekitar bandar Vientiane.

"Selain bersorak, kami juga mengadakan lawatan ke sekitar bandar menarik ini selain berpeluang membeli belah. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan penyertaan dari semua pihak bagi menyertai pengalaman tidak boleh dilupakan ini dan pastinya peserta tidak akan menyesal," katanya.

Kepada yang berminat dan mahu mendapat maklumat, boleh layari laman web http: famemas. blogspot. com, www. flickr.com/ photos/ famemas/ atau email famemas@gmail.com.

0 Komen Anda: