CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 12 Oktober 2009

Famemas cari 40 penyokong fanatik ke Sukan Sea Laos - Berita Harian

SORAKAN serta perangsang penyokong ditagih atlit negara bagi mengumpul pingat emas di Sukan Sea Laos Disember ini menyaksikan Kelab Penyokong Famemas sekali lagi tampil memberi ruang kepada 40 penyokong fanatik negara ke temasya dwitahunan itu.

Ini adalah misi keempat kumpulan sorak terkemuka negara ke misi Sukan Sea dan pemimpin persatuan itu kini dalam usaha membentuk pasukan mantap dan berdedikasi yang diharapkan dapat membakar semangat atlit.

“Menerusi program ini, peminat fanatik boleh menjadi sebahagian kontinjen negara ke temasya itu untuk selama lapan hari tujuh malam. Selain mendapat peluang menjadi kumpulan sorak negara, rombongan ini juga akan dibawa ke tempat menarik di Laos.

Pengerusi persatuan ini, Lee Hui Seng, berkata peluang ini sukar dilepaskan kerana mereka menawarkan pakej dengan harga kira-kira RM2,800 untuk penginapan, makanan dan pengangkutan serta pas memasuki stadium yang sedang diusahakan persatuan.

“Kami bekerjasama rapat dengan Chef de Mission ke Laos, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dalam misi ini dengan rombongan ini akan turut dibekalkan segala yang diperlukan selaku kumpulan sorak termasuk bendera, kompang dan sebagainya,” katanya.

Tarikh tutup penyertaan bagi misi ke Laos adalah pada 15 Oktober ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi Lee di talian 012 329 3378 atau layari http://www.famemas/. blogspot. com dan http://www.flickr/. com/famemas

0 Komen Anda: