CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 8 September 2009

FAMEMAS: TERKINI MENGENAI LAOS, BOOKING TARIKH PERJUMPAAN RAYA & BOWLING 3 OKT 2009 DAN LAIN-LAIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ahli dan Rakan Famemas,

Terdapat beberapa perkara penting yang terdapat dalam edisi pada kali ini seperti berikut:

1. TERKINI: SUKAN SEA LAOS 2009

Memandangkan Sukan SEA Laos semakin hampir dan banyak perancangan dan logistik yang perlu dilakukan, Famemas mengambil keputusan yang berikut:
  • Kepada yang telah memberi nama anda, terima kasih, yang belum masih boleh melakukannya kepada famemas@ gmail.com, tetapi sila baca yang berikut;
  • Bayaran penuh tanpa penaja dianggarkan dalam RM2,000 hingga RM2,500, walaubagaimanapun pihak EXCO sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak penajaan untuk mengurangkan kos yang perlu dibayar setiap peserta ke Laos;
  • Untuk mendapatkan komitmen penuh, bayaran RM500 perlu dilakukan kepada Famemas untuk menempah tempat anda dan perlu dibuat sebelum 15 Oktober 2009;
  • Jika penajaan diperolehi secukupnya, hanya RM500 sahaja yang perlu dibayar, jika tidak mencukupi, tambahan akan diminta dari peserta untuk menampung kos secukupnya;
  • Hanya yang bayar dan komited sahaja akan menyertai trip ke Laos dari 12 hingga 19 Disember 2009;
  • Yang berikut perlu disediakan:
  1. Wang RM500
  2. Gambar Passport (2 keping ditulis nama dibelakang)
  3. salinan Passport (muka surat bersama gambar dan butiran)

Wang RM500 (dibayar dengan cek atas nama “Kelab Famemas Kuala Lumpur dan Selangor) hendaklah meletakkan nama peserta dan gambar passport dan salinan Passport dan dihantar kepada:

Encik Lee Hui Seng
31, Jalan Bukit Rahman Putra 4/8,
Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor
Tel: 012-3293378 Fax: 03- 6156 1075

Jika dibayar secara Bank In, butirannya adalah seperti berikut:

Hong Leong Bank No Akaun: 004-00-12290-4

(Sila fakskan slip pembayaran atau resit beserta nama anda ke 03-6156 1075 untuk pengesahan)

2. BOWLING DAN PERJUMPAAN AIDILFITRI PADA 3 OKTOBER 2009

Dijangkakan Famemas akan menganjurkan Pertandingan Bowling dan Perjumpaan Aidilfitri untuk semua ahli dan rakannya seperti berikut:

Hari: Sabtu 3 Oktober 2009
Tempat: Flamingo Bowl, Ampang
Masa: 12 tengahari
Format pertandingan: 2 dalam satu pasukan: berdua (2 frame)
Hadiah disediakan untuk 5 pasukan teratas
Pendaftaran berpasukan hantarkan kepada: famemas@gmail.com
Majlis ramah mesra dan Aidilfitri akan diadakan selepas perlawanan bowling.
DAFTARKAN PENYERTAAN ANDA DAN BOOKING DIARY ANDA!

3. KERJA KOSONG: MARKETING MANAGER FOR ASEAN BASKETBALL LEAGUE

Berminat, sila hubungi atau hantar CV anda kepada puvasubenthiran@gmail.com

4. OCM HIGHLIGHTS 6 SEPTEMBER 2009

Untuk tatapan dan maklumat semua seperti dilampirkan

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI famemas@gmail.com

Terima Kasih
Salam Ikhlas,
Kelab Famemas KL & Selangor

0 Komen Anda: