CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 10 Ogos 2009

Taniah! buat Dato Nicol David & Kibarkan Jalur Gemilang


Salam Sejahtera Ahli dan Rakan Famemas,

Sekali lagi Famemas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada wira Negara, Dato’ Nicol David yang mengungguli CIMB Singapore Masters 2009. Syabas dan Tahniah Dato’ Nicol atas pencapaian yang amat membanggakan. Famemas akan terus menyokong dan berdoa Dato’ Nicol akan sentiasa berada dipuncak sukannya. SYABAS DAN TAHNIAH!

Bulan Ogos menjelma sekali lagi dan Famemas menggesa dan mengalakkan kesemua ahlinya, rakan-rakan dan keseluruhan rakyat Malaysia untuk mengibarkan JALUR GEMILANG, Kibarkannya dengan megah dan bangga di kediaman kita, pejabat kita dan diatas kereta-kereta kita. BERSAMA KIBARKAN JALUR GEMILANG UNTUK MENUNJUKKAN KEBANGGAAN KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG PATRIOTIK DAN MERDEKA!

Dan juga tidak ketinggalan OCM Highlights bertarikh 9 Ogos 2009 untuk tatapan dan perhatian bersama.

Salam 1 Malaysia dan MALAYSIA BOLEH!

Ikhlas dari Kelab Famemas KL & Selangor (1555-07-WKL)

0 Komen Anda: