CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 18 Ogos 2009

Pemain badminton perlu tingkat kemahiran


KEJOHANAN Badminton Dunia yang berakhir Ahad lalu masih gagal dimenangi pemain negara. Sejak pertama kali diadakan pada 1977, Malaysia tidak pernah memenangi sebarang gelaran. Hanya beberapa kali pemain negara masuk ke perlawanan akhir tetapi sejak 2005, tiada wakil negara pada perlawanan akhir. 

Sejak dulu, walaupun pemain negara boleh menyinar dan memenangi kejohanan terbuka, amat sukar memasuki perlawanan akhir pada kejohanan penting seperti All England, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia sedangkan mereka berdepan dengan lawan yang sama. 

Skrip sama terus berulang kali ini dan pemain negara seperti gugup dan gagal mengatasi tekanan mental. Ini menyebabkan mereka gagal beraksi pada tahap terbaik dan banyak melakukan kesilapan.

Selain faktor kebanyakan pemain beraksi di bawah tahap sebenar pada kejohanan penting seperti Badminton All England, Olimpik dan Kejohanan Dunia, faktor lain ialah pemain lawan sering beraksi lebih baik daripada biasa. 

Pemain kita tidak boleh bermain lebih baik daripada biasa seperti dilakukan pihak lawan. Sepatutnya pada kejohanan besar, mereka harus ada semangat juang yang amat tinggi dan boleh tingkatkan mutu permainan mereka. 

Saya masih teringat pada zaman akhir 1980-an dan 1990-an, pemain negara mempunyai semangat yang luar biasa pada kejohanan Piala Thomas sehingga mereka boleh menumpaskan lawan yang lebih hebat.

Sebabnya ialah kerana semangat yang tinggi. Mereka boleh naikkan tahap permainan mereka dan langsung tidak gentar kepada reputasi pihak lawan. Inilah yang pemain negara hilang ketika ini. 

Saya berharap pada kejohanan penting akan datang, khasnya Piala Thomas, pemain negara akan mempertingkatkan tahap permainan mereka. 

PEMINAT  BADMINTON, Ampang.

0 Komen Anda: