CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 6 Ogos 2009

Nicol menang mudah


NICOL David meneruskan buruan mahkota kelima Persatuan Skuasy Wanita Antarabangsa Dunia kelimanya, tahun ini dengan kemenangan mudah ke atas pemain kelayakan, Samantha Teran dalam pusingan pertama Masters Singapura-CIMB, semalam.

Nicol yang memburu gelaran ketiga berturut-turut di Kota Singa itu sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2007 mudah menewaskan pemain Mexico itu, 11-5 11-8 11-7 pada pusingan pertama.

Lawannya pada suku akhir adalah pilihan ketujuh, Laura Lengthorn-Massaro dari England yang mengetepikan seorang lagi pemain Malaysia, Delia Arnold, 11-8, 11-6, 12-10.

0 Komen Anda: