CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 27 Ogos 2009

Ingin ke SEA Games LAOS?


Salam Sejahtera Ahli dan Rakan Famemas,

Pihak EXCO Famemas pada masa ini sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan penajaan secukupnya daripada penaja-penaja berpotensi untuk membiayai kontinjen penyokong Famemas ke Sukan SEA Laos pada Disember ini.

Walaubagaimanapun, oleh kerana keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, terdapat banyak cabaran dan rintangan dalam pihak Famemas untuk mendapatkan penajaan secukupnya untuk membiayai kontinjen penyokong ke Sukan SEA Laos 2009.

Oleh kerana ini, besar kemungkinan peserta kontinjen Famemas ke Laos mungkin terpaksa:
  1. Membayar keseluruhan perbelanjaan mereka sendiri ke Laos walaupun bersama kontinjen Famemas; atau
  2. Sedikit peruntukan daripada Famemas berdasarkan penajaan yang berjaya diperolehi untuk membiayai kontinjen ke Laos.
Dengan sebab itu, untuk tidak melengahkan perancangan Famemas untuk ke temasya Sukan SEA Laos 2009, pihak Famemas meminta para ahlinya yang sanggup berdepan dengan kemungkinan kedua situasi diatas untuk mendaftarkan nama mereka untuk ke Sukan SEA Laos 2009.

Sekiranya mendaftar nama, bermakna anda sanggup berkorban untuk menanggung keseluruhan perbelanjaan anda sendiri walaupun bersama Famemas ATAU mungkin mendapat sedikit peruntukan perbelanjaan dari Famemas berdasarkan penajaan yang diterima.

DAFTAR KAN KOMITMEN ANDA UNTUK NEGARA dengan menghantar email ke famemas@gmail.com dengan butiran berikut:

Nama, no tel (hp, pej, rumah), alamat rumah, email

SEKIAN, TERIMA KASIH

MENGHARAPKAN KEFAHAMAN DAN PENGORBANAN SEMUA DALAM MENGHADAPI SITUASI YANG SUKAR

Kelab Famemas KL & Selangor

0 Komen Anda: