CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 27 Julai 2009

Peng Soon-Khim Wah juarai GP Emas Thailand

PASANGAN muda, Chan Peng Soon-Lim Khim Wah meraih kejayaan terbesar dalam kerjaya mereka apabila menundukkan gandingan veteran negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah untuk menjuarai acara beregu lelaki Grand Prix Emas Thailand, semalam. 

Peng Soon-Khim Wah meneruskan rentetan hebat dalam kejohanan itu apabila bangkit daripada kekalahan set pertama 20-22 untuk menang 21-14, 21-11. 

Gandingan ini mempamer corak serangan dan pertahanan baik untuk memerangkap Tan Fook-Wan Wah yang tidak lagi bernaung dengan skuad kebangsaan.

Kelmarin, Peng Soon-Khim Wah mengejutkan naib juara Terbuka Malaysia, Alven Yulianto-Hendra Gunawan, 24-22, 12-21, 21-18 di separuh akhir untuk mencetuskan pertemuan sesama Malaysia semalam. 

Kejayaan itu lebih membanggakan buat Peng Soon dan Khim Wah kerana ia adalah kali pertama mereka digandingkan dalam kejohanan antarabangsa. 

Gandingan itu dipisahkan selepas menjuarai pusingan akhir GP kebangsaan tahun lalu tetapi disatukan semula pada kejohanan ini.

Sementara itu, satu lagi pasangan muda, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen turut membanggakan negara apabila mengenepikan beregu India, Rupesh K T Kumar-Sanave, 21-13, 21-11 untuk memenangi Grand Prix Australia.

0 Komen Anda: