CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 18 Julai 2009

MU Letak Barisan Mantap Tentang Pilihan Malaysia


KUALA LUMPUR, Johan Liga Premier Inggeris (EPL), Manchester United (MU) cukup teruja untuk berdepan dengan pilihan Malaysia.

Perlawanan antara dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5.30 petang esok.

"Ini perlawanan yang cukup menarik. Kami menunggu-nunggu untuk perlawanan esok. Kami akan letak barisan mantap untuk perlawanan itu," kata pengurus pasukan MU Sir Alex Ferguson pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau mengambil perhatian bahawa tanpa Christiano Ronaldo dan Carlos Teves, beliau akan menggantungkan harapan pada Wayne Rooney sebagai striker.

"Nampaknya, kami ketiadaan Ronaldo, jadi akan cuba dan cari jawapan terhadap kedudukan kami yang luas. Kami juga akan mencuba beberapa perkara semasa di sini," kata Ferguson.

Selain Rooney, Ferguson juga mengharapkan pemain pertahanan tengah -- Fererico Macheda, Dimitar Berbatov, Paul Scholes, Darron Gibson, Anderson dan juga anggota baru pasukan, Michael Owen.

Di pihak Malaysia, jurulatih K. Rajagobal berkata ini merupakan satu penghormatan bagi pasukan negara ini bermain menentang pasukan utama Liga Premier Inggeris.

"Satu penghormatan buat saya dan peluang besar bermain menentang Manchester United. Pemain juga begitu teruja oleh kerana kebanyakan mereka adalah penyokong MU, begitu juga saya.

Rajagobal seorang pemain kebangsaan ketika menentang MU di sini pada 2001. "Sekarang saya bertemu mereka lagi, kali ini sebagai jurulatih pasukan".

Di bawah program Asia Tour 2009, Manchester United akan juga bermain menentang Korea Selatan dan China.

Pasukan itu membatalkan kunjungan mereka ke Jakarta untuk bermain menentang pasukan Indonesia pada Isnin, atas sebab-sebab keselamatan selepas beberapa letupan bom yang merosakkan hotel-hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta hari ini.

0 Komen Anda: