CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 13 Julai 2009

Bila Kawan Tidak Kenal Kawan!

Semalam penulis menonton perlawanan bolasepak persahabatan pasukan Malaysia melawan pasukan kebangsaan Zimbabwe di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur. Kuputusan perlawanan amat mengembirakan penulis tetapi yang mengecewakan ialah sikap seorang rakan kelab yang buat-buat tidak kenal kawan. 

Penulis telahpun menyapa dan mengangkat tangan terhadap rakan tersebut. Tetapi malangnya beliau buat-buat tidak nampak dan terus menoleh ke arah lain. Dengan nada yang agak kuat mengarahkan kepada penyokong-penyokong Malaysia yang lain supaya masuk ke stadium mengunakan pintu sebelah. 

Mungkin beliau takut penulis meminta masuk secara percuma. Sebenarnya penulis tiada niatpun hendak masuk percuma kerana telahpun membeli teket yang berharga RM10. Cuma penulis mengharapkan semangat setia kawan sesama rakan kelab Famemas, itu sahaja. Lagipun penulis tidak mahu menyusahkan dan faham akan dengan tugasnya itu. Tetapi apalah salahnya membalas kembali teguran dengan mengangkat tangan kepada penulis.

Teket perlawanan

Amat mustahil jika beliau tidak mengenali penulis kerana kami pernah bersama-sama terlibat dengan Kelab Famemas, menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan Sea Manila 2005 dan sering pula terbabit dengan aktiviti Kelab Famemas. Janganlah kerana isu yang terlalu remeh ini sehingga sanggup hendak membuang kawan kot?.... ini sungguh menyedihkan.

Kami pernah bersama-sama menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan Sea Manila 2005.

Penulis cukup terasa terkilan, beliau baru sahaja diberi kuasa oleh FAM untuk menjaga pintu utama stadium, sudah bersikap sombong terhadap rakan-rakan sekelab. Penulis sudah dapat membayangkan jika beliau dapat memegang sebarang jawatan tertinggi di FAM, sudah tentulah bertambah sombong lagi. Jika beginilah sikapnya, saranan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib supaya mengamalkan konsep “ Satu Malaysia ” tidak akan tercapai jika masih ada segolongan rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian. 

Namun kekecewaan penulis sedikit terubat apabila pasukan bolasepak Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-0. Taniah kepada pasukan bolasepak Malaysia.

0 Komen Anda: