CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 14 Februari 2009

Ranking dunia skuad bola sepak negara merosot ke-161

RANKING Malaysia kini jatuh tiga tangga kepada kedudukan ke-161 - yang kedua paling rendah pernah diduduki skuad kebangsaan - dalam posisi terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), semalam. Menurut laman web badan induk itu, Malaysia mengumpul 104 mata pada Februari lalu - kurang 10 mata daripada senarai bulan lalu dan hanya sembilan kedudukan lebih baik daripada kedudukan terendah iaitu tempat ke-170 pada April 2008. Hanya 16 negara yang merosot dalam ranking Fifa membabitkan 201 negara.

Sejak dua tahun lalu pada 2007 dan 2008, kedudukan terbaik Malaysia adalah ranking ke-151 pada Oktober 2008 selepas muncul naib juara pada kejohanan Pestabola Merdeka. Kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking Fifa adalah kedudukan ke-75, tetapi itu adalah pada 1993. Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keenam di belakang Thailand (117), Singapura (131), Vietnam (135), Indonesia (137) dan Myanmar (158) manakala dalam ranking Asia kita berada pada kedudukan 29. - Bernama

0 Komen Anda: