CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 2 Februari 2009

FAM singkir Chin Aun, Sathianathan

B. Sathianathan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecat jurulatih kebangsaan, B Sathianathan dan Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun, dipercayai mempunyai kaitan dengan kekalahan teruk skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Asia, bulan lalu.

Keputusan menyingkirkan Sathianathan dan Chin Aun yang juga bekas ketua pasukan negara, dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Eksekutif FAM yang dipengerusikan presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya, semalam.

Walaupun enggan menyatakan secara terbuka faktor yang mendorong penyingkiran Sathianthan, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad mengakui kelantangan jurulatih itu menyuarakan pandangan hangat dibincangkan pada mesyuarat itu.

Ekoran kekalahan 5-0 skuad negara kepada UAE pada 21 Januari lalu, Sathianathan menggemparkan banyak pihak apabila menyatakan Liga Malaysia bukan bola sepak sebenar.

Redzuan berkata, FAM berpendapat sudah tiba masanya badan induk itu memberi peluang kepada muka baru menjadi jurulatih skuad kebangsaan.

“Kami akan mengumumkan jurulatih baru skuad kebangsaan dalam masa terdekat dan Sathianthan akan diberi notis sebulan,” katanya,

Redzuan berkata, FAM memberi keutamaan kepada pengendali tempatan untuk menggantikan Sathianathan, manakala Naib Presiden FAM, Datuk Gulzar Mohamad akan mengisi tempat Chin Aun.

Mengenai kekeliruan berhubung penyingkiran Chin Aun kerana pada dasarnya beliau hanya penolong pengurus skuad kebangsaan dan jawatan pengurus sebenarnya disandang seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin, Redzuan menjelaskan:

Khairy sudah menyerahkan tugas itu kepada Chin Aun tahun lalu, tetapi tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai pelantikan Chin Aun sebagai pengurus pasukan.”

0 Komen Anda: