CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 20 Januari 2009

Pemain muda bola sepak mampu bawa kemenangan

FAM dan B Sathianathan masih mengharapan pemain yang sama

SELEPAS gagal dalam piala Suzuki, jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan sekali lagi diberi peluang menyiapkan pasukan 'mi segera' untuk menghadapi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pertemuan sulung Kumpulan C aksi Kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok. 

Apa yang menyedihkan saya, pemilihan pemain oleh FAM dan Sathianathan. Setiap kali ada kejohanan pemain sama diturunkan. Untuk pengetahuan Sathianathan dan FAM, penyokong sudah muak melihat barisan pemain yang diturunkan. 

Penyokong tempatan juga sudah boleh mentafsir apa yang ada dalam minda Sathianathan setiap kali diberi cabaran menggalas harapan negara, nama berikut tidak pernah tercicir iaitu Nizaruddin Yusof, Shukor Adan, Rosdi Talib, Khairudin Omar dan Fadzli Shaari.

Apakah kelebihan Nizaruddin berbanding Liew Kit Kong? Apa pula kelebihan Shukor Adan dan Fadzli Shaari berbanding Norfarhan Mohamad? Di mana pula kelibat Harris Safwan Kamal yang lincah, hilangnya Farderin Kadir yang begitu berbisa membawa KM Naza ke persada Liga Perdana? 

Mengapa pula pemain dipilih daripada pasukan yang menghuni dasar liga? Fadly Baharom juga adalah pemain muda yang paling banyak menjaringkan gol ketika beraksi di Liga Malaysia 2007/2008, mengapa pemain seperti beliau tidak dipilih? 

Azi Shahril juga tidak ada dalam kem Malaysia ketika ini. Sudah sampai masanya negara menurunkan pemain muda yang jauh kudratnya dan tahan lama di padang berbanding pemain senior.

Adakah usia jurulatih mempengaruhi pemilihan pemain? Jika begitu, lantik jurulatih muda dan memahami permainan bola sepak masa kini. 

0 Komen Anda: