CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 23 Disember 2008

Badminton ketandusan pemain pelapis

Badminton menutup tirai 2008 dengan prestasi amat menkagumkan dan penuh bergaya apabila mengungguli hatrik daripada lima gelaran juara pada Kejohanan Siri Super Masters Akhir di Kompleks Sukan Tertutup Likas, Kota Kinabalu, Kelmarin.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong wei mudah menjinakkan Peter Gade Chirstensen, jagoan Denmak pada peringkat akhir 21-8, 21-16, persis mudahnya dia dijinakkan Lin Dan dalam perebutan pingat emas-perak pada Olimpik di Beijing, Ogos lalu.

Adakah kemenangan ini berpunca daripada peminggiran badi dalam diri Chong Wei ke atas pemain utama China, Lin Dan, yang tidak bertanding pada final Super Final Masters ini?

Persoalan ini timbul ini kerana Chong Wei tidak pernah mengungguli kejohanan sesudah meraih pingat perak, yang menyaksikannya memperoleh ganjaran tunai RM300.000 dan pencen bulanan RM3000 sejak September.

Faktor bermain di gelanggang sendiri patot diambil kira sebagai faktor penting sehingga pemain badminton negara dapat menakluki Super Master akhir itu. Regu utama sudah dapat menemui rentak dan sentuhan apabila Kien Keat - Boon Heong menumbangkan musuh tradisi mereka dari Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-18, 21-14.

Kemenangan yang cukup bermakna rasanya dinikmati regu utama wanita Eei Hui-Pei Tty apabila dapat menundukkan pasangan hadalan Indonesia Marissa-Liliyana 21-15, 22-20 biarpun pada satu ketika keciciran lima mata pada penghujung tarungan set kedua.

Kemenangan hatrik ini memberi habuan lumayan sebanyak RM427,000 kepada pemain negara membabitkan RM140,000 perseorangan lelaki, RM143,000 (beregu lelaki) dan bakinya (beregu wanita). Kita mengharapkan kemenangan menajubkan ini bakal berterusan sepanjang 2009 apabila bermulanya siri pertama Super Master awal bulan depan.

Rata-rata yang beraksi pada peringkat final ini pemain veteran yang menguasai gelanggang badminton beberapa tahun kebelakangan ini. Jaguh inilah yang dikatakan bakal bertahan sehingga Olimpik 2012 seperti pengakuan Taufik Hidayat yang tewas mudah kepada Chong Wei pada peringkat separuh akhir.

Pastinya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berbuat sesuatu bagi mengetengahkan pemain pelapis mulai sekarang. kerana kelemahan ketara kita sekarang, kerana kelemahan ketara ialah pemain kedua dan ketiga yang amat diperlukan seandainya Piala Thomas hendak dirampas semula.

Proses mengcungkil bakat baru dan pemain pelapis dapat dibuat melalui klinik badminton dan penyertaan dalam pertandingan junior kebangsaan dan antarabangsa.

Begitu juga dengan kelemahan ketara kita pada bahagian perseorangan wanita dan beregu campuran biarpun Wong Mei Choo akan pergi lebih jauh jika tidak dihantui kecederaan lutut.

Pemain sedia ada perlu mengekalkan prestasi cemerlang ini beriringan dengan pembinaan kuatan mental dan fizikal pada tahun depan lebih-lebih lagi negara kehausan menjuarai gelaran kejohanan berprestij seperti seluruh England dan Juara Dunia.

Kaunseling dan kaedah psikologi perlu digunakan bertujuan pembinaan kekuatan mental pemain apabila berdepan Lin Dan dan beraksi di depan ribuan penonton gelanggang lawan.

Kecintaan mendalam terhadap negara bangsa perlu terus kental dalam sanubari sebab semangat juang yang tinggi sebenarnya berputik daripada semangat nasionalisme dan patriotisme dapat menyuntik semangat tidak mudah mengaku kalah ditengah gelanggang.

Hubungan intim kalangan pegawai, malah jurulatih perlu seiring agar kejurulatihan dan latihan menjadi berkesan lagi bermakna. Dengan pendekatan begini, kita yakin dunia badminton negara bakal melakar kejayaan demi kejayaan lebih gemilang biarpun tidak terbilang sepanjang 2009 nanti.

0 Komen Anda: