CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 31 Oktober 2008

Perlawanan Badminton Kebajikan untuk Isteri Datuk Misbun Sidek: Sinar Harapan untuk Sinar Latifah"

Datuk Misbun dan Datin Latifah

Datin Latifah ketika berada di wad hospital

Ahli dan Rakan Famemas,

Persatuan Badminton Malaysia bersama Sinar FM akan menganjurkan perlawanan badminton kebajikan untuk mengumpul dana perubatan untuk isteri Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah yang sedang menderita penyakit buah pinggang.

Ahli dan Rakan Famemas dijemput hadir ke acara kebajikan ini seperti berikut:

Tempat: Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara
Masa: 6pm
Tarikh: Jumaat, 7 November 2008
Pakaian: Baju Kuning Famemas dan membawa reket sendiri
Yuran Masuk: RM5 dan sumbangan adalah dialukan

Alami peluang bermain badminton bersama Datuk Lee Chong Wei, Jailani dan Rashid Sidek dengan menyertai bidaan kebajikan!.

Jualan lambak juga diadakan disamping peluang bertemu personaliti dan celebriti Sinar FM, pelakon dan artis terkemuka tanahair.

Bagi pihak Kelab Famemas KL & Selangor.

0 Komen Anda: