CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 16 September 2008

Politik

Kepada semua ahli-ahli dan rakan Kelab Famemas Kuala Lumpur dan selangor,

Baru-baru ini, beberapa ahli Kelab Famemas telah menyuarakan pandangan berbau politik dalam email edaran kita. Melihat keadaan politik di negara kita yang tidak menentu sekarang, Pihak EXCO Kelab Famemas, dalam masyuarat EXCO ke 6 yang diadakan pada hari Ahad, 14hb September 2008 lalu, telah memutuskan bahawa ahli-ahli atau mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk memberi komen atau pandangan berunsur politik dalam web/laman blogs atau edaran email kelab atau dikalangan ahli kita.

Pihak EXCO memohon kerjasama dan pemahaman semua ahli serta rakan Famemas, dari mana-mana parti atau pandangan politik supaya tidak mengguna atau mengeksplotasikan 'landasan' Famemas untuk mencapai atau menyuara atau apa sahaja hasrat politik mereka oleh kerana politik tidak boleh dicampur dengan sukan.

Kita mesti ingat objektif Kelab Famemas ialah memberi sokongan moral dan vokal kepada atlit nasional di pertandingan antarabangsa dan tempatan.

Walaubagaimanapun, Kelab Famemas tidak menghalang ahli serta rakan Famemas memberi pandangan politik dalam suasana berlainan seperti di warung/pub dan lain-lain.

Kami memohon maaf jika peringatan ini menyinggung mana-mana pihak.

Kami berdiri teguh dalam menaikkan imej dan prestasi kelab kita, dan justerunya, berharap kelab kita dapat mencipta hasratnya.

Teriama kasih dan Salam Ramadhan dan salam Sejahtera.

Lee Hui Seng
Pengerusi 
Kelab Famemas KL dan selangor.

0 Komen Anda: