CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 10 September 2008

Pegawai Mula Hargai Kehadiran Famemas

Pegawai Mula Hargai Kehadiran Famemas
(Hasnira Hassan - Berita Harian)

Tugasan Kelab penyokong KL dan Selangor (Famemas) yang masuk hari ketiga pada temasya Sukan Sea, edisi ke 24 di Wilayah Nakhon Ratchasima, semalam, lebih lancar selepas pelbagai kesukaran dihadapi 50 ahli kelab penyokong Malaysia selama dua hari, bermula pada hari pertama, Ahad lalu.

Tempat duduk lebih baik dan selesa dan kerjasama persatuan sukan kebangsaan melancarkan misi kami selain penerimaan baik masyarakat tempatan dan penyokong tuan rumah yang semakin senang dengan kehadiran kami.

Penulis yang berpeluang memukul kompang pada hari pertama, mencuba pula mengibarkan Jalur Gemilang. Ketika ini terasa seperti semangat juang atlit meresap di dalam hati, membuat penulis tengelam seketika dengan keasyikkan sorakan, sehingga hampir terlupa bahawa ada tugas yang perlu dilakukan, iaitu berkongsi pengalaman menyokong bersama pembaca.

Sebenarnya hari pertama adalah detik paling perit buat kami misi kali ini. Selain kebanyakkan ahli keletihan dan kurang berehat, kami berdepan pula kesukaran masuk ke beberapa lokasi pertandingan. Mungkin keadaan itu masih mampu ditangani kami, cuma sikap persatuan sukan kebangsaan yang enggan berkerjasama mengecewakan kami, sehingga menyebabkan Famemas hampir mengambil tindakan memboikot pertandingan mereka selepas memutuskan mungkit khidmat sokongan kami tidak diperlukan.


Penulis bukan sahaja sebagai wartawan, malah menjadi artist juga

"Kami tidak peduli apabila terpaksa duduk berhimpit di bangku penyokong pada pertandingan itu, tetapi reaksi pengurus pasukan sukan berkenaan sebenarnya lebih mengecewakan. Apabila saya menghubungi beliau memaklumkan kesukaran kami masuk ke dalam stadium dan dikehendaki membeli teket, dia menjawab: "Kamu beraturlah sendiri dan beli tiket di kuanter."

"Kami tidak minta masuk ke stadium dengan percuma, cuma berharap beliau membantu membeli teket bagi membantu melancarkan kegiatan kami yang berkejar dari gelanggang ke gelanggang lain untuk menyokong.

"Namun, mungkin mereka mengagap kami hanya datang menonton pertandingan dengan percuma untuk keseronokan dan khidmat kami langsung tidak diperlukan." kata Naib Presiden Famemas, David Foo yang kemudian membatalkan hasrat memboikot persatuan berkenaan selepas berbincang bersama dengan jawatakuasa dilakukan.

Pengalaman dua hari menyertai kegiatan Famemas yang nampak mudah ternyata membuatkan penulis berasa sangat keletihan. Mana tidaknya, kumpulan penyokong ini tidak memilih sukan tertentu untuk disokong, sebaliknya, semua sukan diberi hak sama rata. Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan kami terpaksa "berkejar" ke setiap lokasi pertandingan termasuk menghadapi kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Kesibukan itu juga tidak menghalang kami berkongsi kemenangan Malaysia dalam perjalanan walaupun menjalani hari yang memenatkan. Namun, keletihan itu seperti terubat apabila atlit dan pegawai Malaysia 'mengiktiraf' kehadiran kami.

Misi semalam turut menyaksikan kami lebih bernasib baik apabila masalah kesihatan yang dialami sebagain kecil kami tidak berlarutan semalam, dan menyaksikan semua ahli kembali ceria dan bersemangat memberi sokongan.

Malah, keceriaan pertandingan yang dimulakan kira-kira 2.30 petang, menyaksikan sorakan lebih teratur dan meriah bergema di stadium utama yang menjadi lokasi acara akhir pertandingan olahraga.

Tidak dinafikan, kadang-kala sorakan kami tenggelam dek kekuatan orang ramai penyokong tuan rumah, namun, apa yang termampu kami lakukan hanya berkongsi semangat dengan atlit negara supaya mereka tidak terasa sendirian di medan juang, selain memeriahkan suasana pertandingan.

0 Komen Anda: