CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 11 September 2008

Jangan Pandang Famemas Sebelah Mata

Jangan Pandang Famemas Sebelah Mata
(Hasnira Hasan - Berta Harian)

Selepas tujuh hari berkampung di Korat berkongsi semangat bersama atlit negara dalam Sukan Sea, misi kami akhirnya bernokhtah semalam dalam perjuangan yang memberi kepuasan sepenuhnya terhadap kira-kira 50 pasukan penyokong Malaysia - Kelab Famemas Kuala Lumpur&Selangor (Famemas)

Apa tidaknya kerana berpeluang menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang menjadi saksi pertama terhadap kejayaan negara pada minggu terakhir temasya dwi tahunan itu.

Pagi ini, kami berangkat ke Bangkok sebelum menaiki penerbangan lewat petang untuk pulang ke tanah air.

'Persahabatan dan keramahan penyokong tuan rumah yang memberi layanan baik kepada kami secara tidak langsung melancarkan misi menyokong pasti menjadi kenangan berharga buat kami, walaupun ada sebahagian ahli termasuk penulis sendiri yang bimbang terhadap 'permainan' negara tuan rumah kejohanan sukan edisi ke-24 itu'.

Penulis ketika menyokong pasukan bola tampar pantai wanita di hari terakhir

Namun, rata-rata kami memahat kenangan manis menyokong perlawanan akhir bola keranjang wanita yang menyaksikan skuad wanita menewaskan tuan rumah dengan perbezaan hanya satu jaringan, pada perlawanan yang penuh mendebarkan di stadium bola keranjang, Universiti Suranaree, Wilayah Nakhon Ratchisima.

Keadaan stadium yang dipenuhi beberapa penyokong tuan rumah termasuk kumpulaan tentera dan penyokong remaja yang lengkap dengan drum dan gendang, secara tidak lansung menenggelamkan  sorakan Famemas yang memasuki stadium, kira-kira jam 5.10 petang, tatkala skuad negara ketinggalan 6-0 pada suka pertama.

Terasa begitu bersemangat dan menyentuh perasaan sebaik jeritan ketua penyokong mengabungkan Khairol Nizam Ramli dan Raja Azuan Raja Azahar meminta kami bersatu, bergendang, berkompang dan bersorak bersama, walaupun mengakui adalah sukar bagi pemain negara mendengar laungan kami berikutan keriuhan penyokong Thailand, yang tidak memberi peluang atau ruang kepada penyokong pelawat.

Walaupun penulis masih keletihan kerana menyokong atlit negara, namun masih sempat menulis berita untuk tatapan pembaca Berita Harian

Hanya semangat yang kami mampu kongsikan ketika bertepuk, bergendang dan berkompang bermati-matian walaupun pada masa yang sama kecewa dengan sikap  kumpulan kecil atlit dan pegawai Malaysia yang duduk mengasingkan diri di sudup VIP tanpa mahu bersorak bersama-sama untuk pasukan bola keranjang wanita negara yang ketika itu berjuang bermati-matian.

Penulis sendiri hampir tidak percaya apabila kemenangan berpihak kepada Malaysia, sebaik wisel penamat dibunyikan, kerana sudahpun memujuk hati andai kemenangan milik tuan rumah, bagi mengelak kekecewaan dan tangisan. Malah, segelintir kami juga rasanya ingin menutup mata dan enggan melihat kekalahan negara dalam suasana penuh semangat itu.

Keletihan dan kelaparan yang akhirnya disedari kami, nyata terubat apabila disapa baik juruatih skuad negara, Tan Bee Wah yang turut menghulur sekotak air meneral kepada ahli Famemas buat membasah tekak selepas bermati-matian menyokong. Malah, atlit bola keranjang wanita juga begitu menghargai usaha kami datang meniupkan semangat. Taniah kepada mereka!.

Keadaan ini memberi pengalaman baru penulis bahawa bagaika keajaiban yang mampu mengubah keadaan, seperti juga kejayaan pemenang pingat perak acara ping pong perseorangan wanita, Ng Sock Kim yang melakar sejarah sebagai pemain wanita pertama negara beraksi dalam perlawanan akhir dengan keputusan 4-2, Isnin lalu.

Penyokong seperti Famemas tidak boleh diperkecilkan atau sekalipun dipandang sebagai 'Syok Sendiri' kerana mereka adalah kumpulan di balik tabir yang kadang-kala usaha dan kata-kata sokongannya dianggap remeh segelintir pihak tetapi sebenarnya cukup bermakna kepada atlit yang berpandukan nasihat jurulatih, hampir ketandusan semangat.

0 Komen Anda: