CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 20 Ogos 2008

Petronas, Telekom Digesa Contohi Samsung

Petronas, Telekom Digesa contohi Samsung
(Utusan Malaysia 01hb Disember 2005)

Manila - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said mengesa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Telekom dan Petronas mencontohi kesungguhan Samsung yang menaja Kumpulan Penyokong Malaysia (Famemas) datang beramai-ramai ke Sukan SEA ke 23 di Filipina bagi menyokong atlit negara.

Beliau berkata, penajaan itu ternyata berbaloi kerana sorakan peminat telah memberi kelebihan dan semangat kepada atlit negara terutama ketika skuad badminton lelaki menewaskan Indonesia 3-2 untuk memenangi pingat emas, kelmarin.

"Pasukan sorak tajaan Samsung memainkan peranan dan memberikan semangat. Biarpun Samsung bukan syarikat Malaysia, mereka tetap sanggup membiayai kumpulan ini dan saya harap, GLC seperti Petronas dan Telekom dapat mencontohi mereka, " katanya.

Menurut Azalina, setiap sumbangan GLC atau mana-mana syarikat swasta yang disumbangkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) turut dapat membawa faedah kepada mereka kerana akan mendapat pengecualian cukai kerajaan.

"Sokongan GLC merupakan cara terbaik mereka dalam menunjukkan semangat kebangsaan," katanya selepas menyaksikan kejayaan anak didik Yap Kim Hock dan Misbun Sidek serta Li Mao itu menebus kekalahan dua tahun lalu dalam tamasya di Vietnam, kepada Indonesia pada perlawanan akhir di Kompleks Aneka Sukan Philsport, Pasig City.

Azalina turut mengkagumi semangat pantang menyerah skuad badminton negara untuk berjuang habis-habisan biarpun ketinggalan 0-2 setelah perseorangan dan beregu utama, Lee Chong Wei tewas kepada Taufik Hidayat 13-15, 7-15 dan Chan Chong Ming-Khoo Keng Kiat tewas kepada Luluk Hadiyanto-Alven Yuliyanto 4-15.9-15.

Hafiz Hashim bagaimanapun merapatkan kedudukan dengan menewaskan Sonny Dwi Kuncoro 15-11, 15-4 sebelum pasangan veteran, Lee Wan Wah - Chong Tan Fook menundukkan Maskis Kido - Hendra Setiawan 15-12, 15-8 dan emas disahkan oleh Wong Choong Hann dengan membenam Simon Santoso 15-9, 15-7.

"Walaupun ini hanya satu pingat bagi acara berpasukan, cara mereka lawan, macam inilah segala-galanya, seolah-olah dunia nak kiamat. Jarang berlaku apabila kita kalah dua perlawanan, yang seterusnya itu tentu bungkus (turut kecundang)," kata beliau.

Azalina turut menyifatkan persembahan skuad berkenaan sebagai cukup menepati ciri-ciri identiti baru yang cuba diterapkan kepada atlit negara menerusi jersi "Harimau Malaysia"

0 Komen Anda: