CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 13 Ogos 2008

Kerenah Tok Moh Hiburkan Penyokong

Kerenah Tok Moh Hiburkan Penyokong

Aksinya bersahaja. Berbadan bulat dan berkepala botak, dia mampu memukau perhatian penonton denagan aksi selamba yang berimej Malaysia sama ada memakai tanjak, baju atau pun 'sampin' jalur gemilang. beliau adalah antara peminat sukan fanatik negara - Mansor Khoni, 50 tahun

Jika anda adalah antara peminat sukan terutama badminton dan sepak takraw, pasti mudah mengingati wajahnya yang kerap dirakamkan media sama ada tempatan atau luar negara terutama pada kejohanan Piala Thomas pada 1992, yang menyaksikan aksi sokongan penuh emosi yang kadang kala tanpa segan mempamerkan wajah kecewa terhadap kekalahan atlit negara, atau bersorak penuh semangat kepada mereka.

Malah, pada temasya sukan dwitahunan ke-24 di Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand kali ini, Mansor menyertai pasukan penyokong Malaysia - Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) sejak 2003 lalu, masih mendapat perhatian media tempatan.

"Saya gemar sukan yang kerap menyaksikan sekalipun bersendirian. Ketika saya menyaksikan perlawanan sepak takraw Malaysia, di stadium Cheras pada 1987, saya ternampak seorang penyokong yang berpakaian seperti lebai di kepalanya. Ketika itu, saya mendapat ilham untuk menjadi penyokong negara dengan aksi lain" kata anak kelahiran Kedah yang lebih dikenali dengan panggilan'Tok Moh' atau 'Tok Bomoh'.

Hingga kini, beliau turut menyertai rombongan kumpulan penyokong yang ditubuhkan pada tahun 2002 ke temasya Sukan SEA di Manila, filipina dan Brunei selain Sukan Asia di Bangkok, serta kejohanan Piala Thomas di Hongkong.

"Saya mula menyertai kelab ini selepas dipelawa Pengerusi Famemas, Lee Hui Seng ketika kami bertemu dalam satu majlis rasmi di Shah Alam dan beliau mengambil nama saya untuk menyertai misi pertama mereka di Sukan Asia di Busan, Korea Selatan.

"Tetapi malangnya, saya hilang nombor telepon beliau selepas itu. Kami cuma dapat berhubung semula sebelum mereka menyokong pasukan negara dalam sukan SEA di Vietnam," kata penyelia itu yang juga bapa kepada tiga orang anak.

Aksi sokongan penuh semangat Tok Moh juga mendapat perhatian beberapa pasukan sukan negara seperti Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia yang turut menaja pembelanjaan beliau menyokong dalam pertandingan yang mereka sertai, sebelum ini.

Namun, tidak semua keadaan beliau diterima baik oleh orang ramai terutama penyokong penyokong pasukan tuan rumah. Malah, beliau pernak diejek dan dikutuk teruk pasukan lawan bola sepak dan juga penyokong Indonesia, selepas Malaysia ditewaskan pemain mereka dalam perlawanan badminton - sekaligus menjadi kenangan pahit buatnya sepanjang berada dibangku penonton.

Bgaimanapun, beliau mengakui bernasib baik kerana hobi itu mendapat sokongan isteri, Azizah Mohd. Salleh dan anaknya. Malah anak bungsunya - Mohd. al Yusri, 15, turut mengikut jejak langkahnya.

0 Komen Anda: