CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 11 Ogos 2008

Famemas, Simbol Gema Malaysia

Famemas, Simbol Gema Malaysia
(Utusan Malaysia 17Febuari 2007)

Setiap kali berlangsungnya kejohanan badminton antarabangsa di Malaysia, pasti ada kumpulan penyokong setia negara yang berpakaian seragam, siap dengan dengan kain rentang dan berkompang.

Bagi kejohanan badminton di luar negara pula, kumpulan penyokong yang sama tentunya ada di tempat duduk penonton sambil memberikan sokongan moral buat skuad Malaysia.

Pasukan sorak ini adalah ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas) yang ditubuhkan sejak Ogos 2002. 

Famemas berhasil melalui idea syarikat produk elektronik, Samsung yang menganjurkan paraduan "Namakan Pasukan Sorak Malaysia di Sukan Asia Busan, Korea tahun 2002"

Hasilnya, Samsung memilih nama Famemas yang dicadangkan oleh pemenang hadiah utama peraduan itu.

Kelab tersebut setakat ini mempunyai kira-kira 1.000 ahli lelaki dan wanita, kini dipimpin oleh Presiden, Lee Hui Seng.

Lee Hui Seng memberitahu, Famemas merupakan penyokong setia skuad Malaysia dalam apa sahaja sukan tempatan dan antarabangsa.

"Famemas telah menyokong pasukan negara yang bertanding pada Sukan SEA 2003 di Vietnam dan Sukan SEA 2005 di Filipina. Kami ke sana atas tajaan Samsung.

"Sepatutnya Famemas turut serta ke Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar tahun lalu, tetapi gagal ke situ ekoran masalah penginapan tidak mencukupi di sana" ujarnya.

Famemas layak disertai oleh rakyat Malaysia tanpa sebarang sekatan. Borang keahlian boleh diperolehi melalui laman web: http://www.famemas.org.my

0 Komen Anda: