CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 12 Ogos 2008

Famemas, Kumpulan Balik Takbir Penyokong Atlit

Famemas Kumpulan Balik Takbir Penyokong Atlit
(Berita Harian 30 Disember 2007)

Definisi dunia sukan kini tidak terhad pada takrifan pertandingan yang hanya membabitkan atlit, jurulatih dan pegawai semata-mata, sebaliknya perspektif "merakyatkan" sukan turut menjadikan peminat sebagai penyumbang penting  dalam menentukan kedudukan atlit yang bergantung kepada bakat, kemahiran dan kecergasan mereka.

"Tapa peminat, atlit itu tidak akan dikenali. Penaja juga tidak akan memburu mereka," kata salah seorang pencinta sukan - Raja azuan Raja Azahar.

Tidak dinafikan sorakkan penyokong dalam satu-satu pertandingan sukan memainkan peranan penting bagi menaikkan semangat atlit yang bertanding.

Malah, ia terbukti apabila lebih 1.000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPTS) di sekitar Korat dan Bangkok, dilatih beberapa bulan sebelum bermula sukan SEA ke-24 Korat lalu, bagi memberi sorakan semangat setiap negara bertanding.

Berasaskan suasana itu, kumpulan penyokong Malaysia - Kelab Famemas Kuala Lumpur & Selangor (Famemas) ditubuhkan pada 2002, dengan disertai penyokong fanatik dan pencinta sukan yang sanggup berhabisan wang sendiri untuk ke sana.

"Ternyata perasaan menyokong sukan sendirian dan kumpulan begitu berbeza dan ia lebih menarik jika kita melakukannya bersama rakan lain.

"Pada mulanya, kami sangkakan kemeriahan sokongan itu akan tamat sebaik pulang ke Malaysia, namun setiap kali kami berjumpa, kenangan itu menjadi perbualan "kopi" kami sehingga akhirnya idea itu direalisasikan hari ini," kata pengerusi Famemas, Lee Hui Seng.

Famemas yang juga singkatan kepada "Fame Malaysia" atau kemasyuran Malaysia, dibentuk barisan rakyat patriotik negara yang berjumlah lebih 1.000 orang kini, dad didaftar secara rasmi tahun ini.

Kelab penyokong sukan kebangsaan rasmi pertama di Malaysia disokong serta diiktiraf Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan objektif mengumpul peminat fanatik dan patriotik bagi meniup semangat "Malaysia Boleh!" kepada atlit tempatan.

Dengan pakaian seragam kuning serta alat bunyian tradisional termasuk kompang, selain kibaran Jalur Gemilang, jeritan dan sokongan kumpulan seperti mereka bagaikan keajaiban yang mampu mengubah keadaan di dalam gelangang. 

Sokongan tidak terhad hanya kepada Malaysia, sebaliknya usaha mereka yang turut menyokong pasukan lain terutama pelawat bagi "menghidupkan" suasana pertandingan.

Kemesraan yang ditonjolkan setiap mereka yang bertindak bagaikan duta negara, berjaya memeriahkan pertandingan selain pada masa yang sama mengurangkan "ketegangan" perang penyokong yang nyata lebih fanatik berbanding saingan atlit sendiri.

Penyokong seperti Famemas tidak boleh diperkecilkan atau sekalipun dianggap sebagai "syok sendiri" kerana mereka adalah kumpulan di balik takbir yang kadang kala usaha dan kata-kata sokongannya dianggap remeh oleh segelintir pihak tetapi cukup bermakna kepada atlit.

0 Komen Anda: