CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 27 Ogos 2008

Catatan dari Korat - Hari pertama dan Kedua

Catatan dari Korat - Hari pertama dan kedua

Penulis hanya sempat lena kira-kira tiga jam sebelum terpaksa bangun awal untuk berserapan sebelum memulakan hari pertama menyorak dengan menaiki bas yang disediakan pada pukul 9 pagi. Sepanjang kami di sini, pihak hotel akan menyediakan makanan halal dan juga satu bilik khas untuk Famemas. Perjalanan keseluruhan trip Famemas ke Korat ini diuruskan oleh Myflower Acme Tours Sdn. Bhd. Tambah menarik, wartawan dari The Star dan juga ibu bapa kepada pemain badminton wanita negara, Anita turut menginap di hotel penginapan kami ini.

Gelangang utama yang dituju adalah Institut Teknologi Chanapolkhan, tempat di mana berlangsungnya acara Wushu dan Karate Do yang akan berlansung kemudian. Sebelum tiba di gelangang, Presiden Famemas en. Lee Hui Seng memberikan perkembangan-perkembangan terkini atlit Malaysia dan kami diberitahu bahawa atlit jalan kaki negara, Yuan Yu Fang dan teo telah memenangi emas. Berita ini menaikan semangatkan semangat kami untuk mengharungi hari yang masih panjang. Turut dilakukan adalah pengagihan peranan setiap peserta dan penulis telah diberikan peranan untuk bermain kompang bersama tujuh orang lain.

Setibanya di lokasi, kami memulakan riuh rendah kami dengan menyanyikan lagu "Barisan Kita" sebelum memasuki stadium. Kehadiran kami disambut meriah oleh warga petugas dan juga pasukan sorak Thailand yang terdiri dari kanak-kanak sekolah yang comel-comel. Kami sempat menyaksikan beberapa atlit Malaysia beraksi di dalam acara taijiquan dan beberapa lagi dan kami diberitahu bahawa emas acara taijiquan adalah milik Malaysia semasa dalam perjalanan lokasi lain. Tahniah Chai Fong Ying!. Menonton acara wushu tidak seperti menonton badminton yang mana riuh-rendah adalah kemestian. Penonton harus berdisiplin dan tidak menjerit-jerit agar tumpuan peserta tidak terganggu. Namun begitu jika diarahkan 'leader', dari pasukan wushu negara untuk menyorak slogan dan memukul gendang atau kompang, kami dengan rela hati akan mengikut.

Setelah berada di gelangang hampir sejam, kami terpaksa bertukar ke gelangang lain yang memerlukan kami dan gelangang itu adalah Plaza Klang di mana acara pingpong dilangsungkan. Namun perjalanan kami kelokasi tersebut tergendala sebentar sementara menanti 'escort' dari pihak polis Thailand. Escort ini memudahkan kami melepasi jalan-jalan utama yang sesak dengan mudah. Terima kasih kepada polis Thailand yang memberikan layanan VIP kepada kami.

Untuk pengatahuan, turut bersama kami adalah wakil dari media seperti dari RTM, TV3, Kosmo dan Berita harian serta dua para pemenang melalui Radio Traxx FM, Encik Mohd Nordin dan raja Azuan. Selainnya adalah ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru yang terpilih berjaya melepasi sessi temuduga yang dilangsungkan setelah dipilih melalui peraduan kuiz dan slogan yang diiklankan di media arus perdana.

Kehadiran kami di Plaza Klang telah menukar suasana di pusat membeli belah tersebut dengan bunyi bising kami seperti biasa, penduduk Korat menyambut dengan mesra. Acara dilangsungkan di tingkat 7 pusat membeli belah tersebut dan gelangang pertandingan bertukar wajah apabila gendang dan kompang kami dipalukan dan diiringi sorakan Malaysia Boleh! dan bunyian hon yang membingitkan.

Sukan Pingpong juga merupakan sukan kegemaran penulis dan sempat bermain sehingga ke peringkat negeri Selangor semasa bersekolah dahulu. Oleh kerana itu peluang menonton aksi Malaysia di depan mata merupakan impian menjadi kenyataan penulis. Malangnya atlit negara yang beraksi, Shakirin Ibrahim yang merupakan juara kebangsaan pertama yang bukan berbangsa cina tewas 0-3 kepada pemain Thailand yang diberitau oleh gandingan beregu beliau yang duduk di sebelah, Chai Kian Beng sebagai pemain pilihan di dalam kumpulan tersebut. Perlawanan walaupun tidak berapa sengit, namun penyokong kedua-dua negara bersaing sengit dalam bersorak dan pastinya dimenangi juga oleh Thailand yang jumlahnya lagi ramai. Penulis juga sempat berbual dengan pegawai Malaysia, Pah Cheng Yip tentang perkembangan sukan pingpong di Malaysia.

SEtelah tamat perlawanan, tiba masa untuk makan tengah hari dan bertukar ke gelangang lain iaitu acara tarian dan juga badminton yang dilangsungkan di Universiti Vongchavalitkul. Berlaku sedikit salah faham apabila kami ingin memasuki gelangang sukan tari dan selah pimpinan tertinggi berbincang, kumpulan kami dipecahkan kepada dua, satu kumpulan menonton sukan tari dan satu lagi sukan badminton. Penulis memilih sukan badminton dan seperti biasa suasana bertukar meriah dengan kehadiran kumpulan kami yang tidak begitu besar, sekitar 25 orang.

Pasukan wanita Malaysia sedang beraksi menentang Singapura dan Thailand menentang Indonesia ketika kami hadir. Pertentangan di antara Thailand dan Indonesia sangat sengit dan kami di Famemas akan acara spontan menyokong Thailand sekiranya pemain Malaysia belum atau rehat beraksi. Tambah mengharukan apabila penonton memberikan kerjasama apabila kami membuat inisiatif memulakan ombak Mexico untuk menceriakan stadium dan cuba membawa budaya badminton di Malaysia ke jiwa rakyat Korat. Keputusan bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting semangat melawan yang jitu di samping semangat kesukanan yang tinggi.

Harus diingatkan bahawa Sukan Sea bukanlah yang tersangat penting untuk negara-negara Asia Tenggara kerana tumpuan harus lebih diberi kepada sukan yang lebih berpretij seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Mungkin Sukan Sea di masa akan datang adalah medan yang sesuai untuk atlit-atlit muda yang meningkat naik untuk meraih pengalaman sekiranya atlit senior sesuatu acara itu sudah bertaraf dunia seperti yang dilakukan Malaysia melalui Nicol David, pasukan hoki, Lee Chong Wei dan lain-lain.

Selepas Malaysia menang beregu kedua, kami terpaksa berpindah ke gelanggang ke lokasi acara renang yang memungkinkan kilauan emas melaui Daniel Bego. Tiba sahaja lokasi, suasana menjadi hiruk pikuk dan sangat meriah dengan aksi tarian penyokong Thailand diiringi dengan bunyi drum dan pakaian badut yang mudah menarik perhatian media. aksi sorak menyorak semasa Thailand dan Malaysia yang memperlihatkan semangat setia kawan yang tinggi berlangsung agak lama dan berjaya menarik perhatian banyak pihak media merakam aksi kami. Kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap orang.

Walaupun tidak dapat duduk setempat dek kerana kehadiran penonton yang ramai, ia tidak mematahkan semangat kami untuk melihat kilauan emas di kolam renang dan Daniel Bego memang tidak menghampakan apabila telah menghadiahkan pingat emas melalui acara 100 meter kuak lentang.

Oleh kerana hal yang penting, kami terpaksa pulang ke hotel sebelum sempat menyanyi bersama-sama lagu keramat, Negaraku di celah-celah ribuah rakyat Thailand. Apa yang pasti esok, Isnin 10 Disember 2007 kami akn menjanjikan yang terbaik untuk atlit negara dalam memberi sokongan dan kami berharap atlit Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik agar matlamat 64 emas berjaya diraih. Malaysia Boleh!!.

0 Komen Anda: